Merisik sudah, Tunang pun sudah,
Musim cuti semakin hampir dan anda tiada persiapan untuk menjemput tetamu-tetamu anda ke hari yang penuh dinantikan..
Bagi persediaan bagi bakal pengantin sebelum menempah kad kahwin, Anda pastikan :-
Tarikh majlis adalah penting bagi memastikan kad anda dapat diedar 1 bulan sebelum majlis perkahwinan. Sebaiknya tempahan kad 3 bulan @ 4 bulan sebelum majlis anda.
- Butiran Undangan & Lokasi Majlis
Ketika membuat tempahan, Butiran & lokasi majlis adalah penting didalam design kad, Isi butiran yang perlu pada kad anda & lakarkan peta lokasi yang ringkas & mudah difahami bagi mempermudahkan tetamu jemputan & pereka (designer) akan kedudukan majlis anda.
Selepas anda menerima draf lakaran anda, anda perlu memastikan yang draf yang anda terima adalah betul dan tiada kesalahan, periksa keseluruhan artwork & sekiranya terdapat kesalahan, tandakan bahagian yang perlu diubah & emailkan semula tanpa menukar tajuk subjek supaya pereka anda tahu siapa mereka berurusan.